Tok Mat Hasan gesa UMNO ‘Berhenti jual sejarah. Mulakan jual masa depan’

DATUK Seri Mohamad Hasan berkata, dalam tempoh 24 bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan UMNO memerlukan perlukan ‘roadmap’ yang jelas.

Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan,  50% pengundi adalah orang muda (18-35 tahun).

‘’Mereka tidak membesar melihat zaman kegemilangan BN. Mereka tidak merasa zaman pembangunan Felda tahun 80-an. Mereka adalah ‘Generasi Tanpa Nostalgia’. Dan mereka tidak mengundi atas dasar parti. Apa yang mereka nampak di TikTok, sejak akil baligh, hanyalah fitnah dan tohmahan,’’ katanya.

Oleh itu beliau mengarahkan ahli-ahli UMNO berhenti jual,sejarah. mulakan jual masa depan.

‘’Anak muda 25 tahun, yang kerja Grab atau FoodPanda, tak leka mengenang pencapaian UMNO 40 tahun lalu. Dia mengundi atas dasar harapan tentang masa depan. Dia tanya: “Gaji aku cukup tak? Boleh beli rumah tak? Kita mesti tawarkan solusi gaji dan kerjaya. Ketengahkan rancangan Ekonomi Gig dan kebebasan bekerja,’’ katanya.

Beliau berkata, ahli UMNO tidak boleh menghukum mereka atas perbezaanp endapat dan isu penampilan.

‘’Rangkullah mereka. Tunjukkan mereka bahawa UMNO parti yang relevan, terbuka, dan sedia mendengar. UMNO perlukan apa yang dipanggil ‘creative disruption’ atau ‘gangguan kreatif

‘’Gangguan kreatif ini adalah idea atau inovasi baharu yang drastik. Dengan tujuan melakukan perubahan besar, dengan menggunakan penyelesaian yang adaptive dan Inovatif,’’ katanya.

Mohamad menjelaskan, UMNO perlu mempertimbangkan  perkara tersebut.

‘’Mengapa kita perlu mempertimbangkan perkara ini? Pertama, kerana semenjak dua pilihanraya lepas, UMNO telah melalui kekacauan luar biasa. Terluncut dari puncak kuasa dan menerima penolakan dari orang Melayu,’’ katanya.

 Beliau berkata, aa adalah kekacauan yang sangat drastik dan luar biasa untuk sebuah parti politik seperti UMNO.

‘’ Maka, penolakan dan realiti yang bersifat drastikmenuntut sentuhan yang turut bersifat drastik.  Kedua, sehingga waktu ini, semua strategi kita untuk kembali pulih seperti tidak mendatangkan impak yang memberangsangkan,’’ katanya.

Malah dalam banyak keadaan, kata Ahli Parlimen Rembau itu, sokongan terhadap UMNO semakin menyusut. Sedangkan kumpulan dan jenis pengundi semakin ramai dan bertambah.

‘’Maka, perubahan yang drastik dalam masyarakat  menuntut sentuhan yang drastik oleh parti.  Ketiga, penyokong tegar kita telah menyusut dengan drastik. Dua sebab utama ialah, mereka beralih menyokong parti politik lain, dan kedua, kerana kemunculan besar generasi baharu yang tidak mempunyai apa-apa keterhubungan dengan UMNO.

‘’Jadi, untuk berhadapan dengan mereka ini, kita tidak boleh terus menerus menggunakan cara lama, mentaliti lama, dan andaian lama. Kita memerlukan gangguan dan sentuhan yang juga drastik!

‘’Pertama, usaha pendigitalan UMNO harus berlaku secara besar-besaran. UMNO perlu menjadi parti yang boleh wujud di persada maya, seperti industri bank dan pendidikan tinggi beralih ke persada maya.  Malah, semua sektor perkhidmatan termasuk Kerajaan.

‘’ Jika bank dan perniagaan boleh beralih ke era digital, apakah struktur kita tidak boleh menjadi digital. Mungkin telah tiba masanya kita berimaginasi bahawa UMNO itu adalah sebuah parti digital,’’ katanya.

Selain itu kata beliau UMNO-Digital atau e-UMNO bukan sesuatu yang mustahil dan tidak terjangkau.

‘’Kedua, kita mesti terhubung dengan sistem sosial lain. Politik adalah tentang pelebaran pengaruh dan kepercayaan.  Maknanya kita tidak boleh hanya dengan agenda Melayu Islam sahaja. Ia tidak akan menjamin kemenangan dan sokongan,’’ katanya.

Mohamad berkata,   UMNO perlu pergi kepada persoalan asas kehidupan.

‘’ Adakah kalau kita memerintah, sistem kesihatan kita akan lebih sejagat, bermutu dan mampu di akses? Adakah apabila kita mengemudi kerajaan,’’ katanya  .

 Beliau berkata, UMNO  mempunyai solusi yang jauh lebih baik untuk mengawal sewa perumahan dan premis perniagaan, agar kualiti kehidupan menjadi baik?

‘’Adakah sistem pendidikan kita akan berganjak kepada lebih bermutu dan lebih kreatif, selari dengan mutu antarabangsa? Ini bermakna, kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan paradigma itu sangat perlu,’’ tegasnya.

Tegas Tok Mat, Melayu Islam harus menjadi asas kepada sesuatu yang lebih luas.

‘’ Ketiga, kita memerlukan sokongan pelbagai generasi, tetapi kelangsungan kita adalah generasi Z dan Alpha. Mereka ini adalah ‘constituents’ kita yang paling penting. Tanpa mereka kita akan kalah. Saya ulangi, tanpa mereka kita akan tewas.

‘’Maka fokus kita ialah untuk membangunkanketerhubungan ini. Kalau sekadar hanya memaparkan gambar dan bercakap di Tik Tok, itu hanya mengikut trend..Gen Z dan Alpha mempunyai cara fikir dan cara hidup yang sangat berlainan.

‘’Kita harus menyelami cara dan kehidupan mereka, untuk mereka menjadi faham dan mengerti tentang apa yang kita perjuangkan,’’ tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img