Anwar masih sayangkan UMNO, sanggup hadapi tekanan parti sendiri – Ahmad Zahid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berdepan tekanan daripada partinya sendiri iaitu PKR, disebabkan ingin menjaga hubungannya dengan UMNO dalam gabungan kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana Perdana Menteri terpaksa menguruskan pelbagai tuntutan daripada rakan gabungan, termasuk daripada partinya sendiri memandangkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya dianggotai pelbagai pakatan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau dimaklumkan bahawa Anwar menerima tekanan daripada pemimpin partinya sendiri semasa sesi pemukiman PKR.

“Dalam PKR, mereka tuduh perdana menteri (PM) tunduk kepada UMNO, (sedangkan) kita tak pernah minta (beliau) tunduk. Bayangkan UMNO ada 26 kerusi, dengan Barisan Nasional (BN), kita ada 30, tetapi kita hanya ada lapan menteri. PKR ada berapa (menteri), DAP ada berapa (dibandingkan dengan jumlah kerusi mereka).

“Jadi saya nak maklumkan, PM cukup sayang kepada kita UMNO ni. DNA beliau UMNO. (Tetapi) takkanlah kita anggap semua yang kita minta akan ditunaikan. (Beliau) dah cuba penuhi permintaan kita dengan pembahagian (peruntukan) ditentukan,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan penutupan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

UMNO mempunyai tujuh menteri, dan satu daripada rakan komponen BN, PBRS. Sementara itu, PKR yang mempunyai 31 Ahli Parlimen mempunyai sembilan menteri manakala DAP hanya mempunyai lima menteri walaupun memegang 40 kerusi Parlimen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img