Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung berterusan hingga 31 Januari – MetMalaysia

CUACA  panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Januari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata penumpuan angin pula dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Januari ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img