4 hektar tanah gambut terbakar di Kota Tinggi, 2 keluarga dipindahkan

DUA keluarga terpaksa dipindahkan sementara berikutan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal yang merebak berhampiran kediaman mereka di Taman Bayu Damai di Kota Tinggi, Johor semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Shahrizan Selamat berkata, keluasan keseluruhan kebakaran tanah gambut itu dianggarkan lebih empat hektar.

KEBAKARAN tanah gambut seluas kira-kira empat hektar di Jalan Sungai Kapal berhampiran Taman Bayu Damai di Kota Tinggi, Johor semalam. GAMBAR: Facebook Aznan Tamin

Katanya, sehingga kini kira-kira 57 peratus kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan.

“Keadaan tiupan angin juga membawa asap tebal ke kawasan perumahan Taman Bayu Damai,” katanya, lapor BH.

Sementara itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, dua keluarga itu dipindahkan ke Balai Komuniti Teluk Empang kerana jarak rumah terlalu hampir lokasi kebakaran menyebabkan mereka mungkin terdedah asap tebal.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran itu membabitkan BBP Punggai, Sebana Cove, Sungai Rengit, Bandar Penawar, CEFS Rapid Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img