Bapa mengaku tidak bersalah cuba bunuh anak kandung umur 3 tahun

SEORANG bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bahru  hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, awal bulan ini.

Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura pada kira-kira 7 pagi, 14 Januari  lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Balik, Pasir Puteh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img