PM puji usaha Kerajaan Johor naik taraf aset warisan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasakan tarikan pelancongan negeri.

Anwar berkata usaha itu sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).

“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Johor menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong tahun ini sempena TMJ2026 dengan kutipan hasil dijangka melebihi RM42 bilion kepada negeri.

Terdahulu, Anwar berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor. Hadir sama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Muzium berkenaan menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, di samping persekitaran landskap yang terpelihara dan menarik.

Anwar tiba di Johor Bahru semalam, menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bersama ahli keluarganya dan berkesempatan mengunjungi Zoo Johor.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img