PGA Sarawak rekod 23 kejayaan dalam tempoh dua minggu, nilai rampasan cecah RM35.31 juta

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 23 kejayaan operasi di seluruh negeri itu dalam tempoh dua minggu lepas dengan jumlah nilai rampasan berjumlah RM35.31 juta.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata kejayaan itu melibatkan pelbagai operasi termasuk Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas yang bermula pada 15 hingga 31 Jan.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, PGA Sarawak berjaya merampas produk sejuk beku tanpa permit bernilai RM25.01 juta, selain rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM5.79 juta.

“Operasi yang dijalankan turut melibatkan rampasan barang kawalan dan keperluan asas bernilai RM1.17 juta termasuk bawang putih, gula, tong gas petroleum cecair (LPG) dan beras.

“PGA juga menumpaskan aktiviti pembalakan haram dengan rampasan kayu balak bernilai RM425,000, serta merampas mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM2.21 juta. Kenderaan dan peralatan digunakan bagi kegiatan itu turut disita untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Briged Sarawak akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img