Bilik terbakar di PPR Desa Tun Razak 

SEBUAH bilik terbakar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira 40 peratus dalam kejadian pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada pukul 8.37 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan kira-kira 10×15 kaki persegi dan berjaya dikawal serta dipadam sepenuhnya pada pukul 10.18 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan dalam operasi pemadaman tersebut.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img