Lelaki bunuh ibu mengaku berdepan masalah kewangan, berhutang dengan along

SIASATAN awal polis mendapati suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri mempunyai hutang pinjaman ‘along’ yang dibuatnya di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang berusia 29 tahun membuat pengakuan telah berdepan masalah kewangan sehingga memaksanya meminjam along.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku membuat pinjaman along sekitar Pulau Pinang, menanggung beban sewa motosikal sebanyak RM700 sebulan dan sewa bilik yang perlu dilunaskan,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.

Syed Basri bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek yang ditahan dalam bas semasa dalam perjalanan ke Selangor, telah direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurut Syed Basri, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan, mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut di rumahnya dekat Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, Isnin lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img