Taman Botani Pulau Pinang seluas lima hektar terbakar

KAWASAN hutan seluas kira-kira lima hektar di Taman Botani Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, George Town terbakar petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong bersama lima jentera ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat kebakaran hutan dengan anggaran keluasan lima hektar. Komander Operasi bertindak menjalankan size up di lokasi kejadian sebelum kerja-kerja pemadaman dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

John berkata ketika ini operasi pemadaman masih diteruskan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) New Ferry, Paya Terubong dan Bukit Bendera selain bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img