Pelajar UPSI lemas ketika berkelah di Ulu Bernam

SEORANG pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan lemas ketika berkelah di sungai bersama dua rakannya di Taman Teratak, Ulu Bernam di Tanjung Malim petang ini.

Mangsa, Muhammad Afiq Aizat Muhd Shukri, 23, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai dihanyutkan arus deras sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.57 petang.

“Berdasarkan maklumat awal daripada orang awam, terdapat tiga lelaki dihanyutkan arus ketika berkelah di sungai tersebut.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri namun seorang lagi dihanyutkan arus dan ditemukan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sabarodzi, mangsa berjaya dikeluarkan dari sungai dengan bantuan orang awam namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, anggota JBPM kemudian memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Operasi disertai 10 anggota itu terkawal pada jam 7.27 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.12 malam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img