Pelajar Tingkatan Dua maut rempuh kereta, tidak sempat berhenti di simpang

SEORANG pelajar Tingkatan Dua maut selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh sebuah kereta tidak sempat berhenti ketika tiba di simpang di Jalan Parit Baru, Jeram, Kuala Selangor. 

Dalam nahas kira-kira pukul 11.30 pagi semalam, remaja lelaki berkenaan menunggang Yamaha Y15, manakala kereta Toyota Vios dipandu wanita berusia 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari.

“Siasatan mendapati motosikal mangsa merempuh kereta yang tidak sempat berhenti di persimpangan. Penunggang motosikal parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img