Maut motosikal terbabas ketika pulang untuk berbuka puasa

SEORANG pekerja kedai kopi yang dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa di rumah maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Darul Aman, Kepala Batas di Jitra malam tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adam Aiman Abd Hamid, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.50 malam.

Beliau berkata, maklumat yang diterima memaklumkan kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah di Kepala Batas.

“Kemalangan berlaku pada 7.25 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk berbuka puasa di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di Jitra.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syed Basri, petugas perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di badan dan kepala.

Syed Basri berkata, mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img