Pusat hiburan tumpuan warga Myanmar diserbu, 36 diberkas

SEBANYAK 34 orang warga Myanmar dan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) yang menjadi tumpuan warga Myanmar di Batu Maung di Balik Pulau malam tadi.

Difahamkan, polis menyerbu premis hiburan yang beroperasi di sebuah rumah kedai dua tingkat itu kira-kira jam 12 tengah malam.

Siasatan awal mendapati, premis itu dipercayai menyasarkan pengunjung warga asing, manakala pekerjanya dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Dalam operasi berkenaan, polis menahan 18 lelaki warga Myanmar yang merupakan pengunjung selain 15 pekerja wanita warga Myanmar serta tiga pekerja lelaki iaitu seorang warga Myanmar dan dua warga tempatan.

Sementara itu, kesemua suspek berusia 22 hingga 40 tahun itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 25 Februari depan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau pagi ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img