Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjur majlis iftar bersama Mufti Wilayah Persekutuan

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Majlis Iftar bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor dan tetamu jemputan di Putrajaya semalam.

Majlis ini merupakan platform tahunan kementerian bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja kementerian, agensi serta para pemegang taruh di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

STEVEN Sim Chee Keong menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Fauwaz Fadzil Noor pada Majlis Iftar anjuran KUSKOP di Putrajaya, semalam. GAMBAR: KUSKOP

Bersempena program itu, Ahmad Fauwaz turut menyampaikan tazkirah selama 30 minit sebelum waktu berbuka. Dalam  penyampaian ringkas itu, beliau menjelaskan bahawa Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperbaiki diri serta membentuk peribadi yang lebih baik.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong turut hadir dan menyampaikan sumbangan daripada KUSKOP dan agensi di bawahnya berjumlah RM18,000 kepada Rumah Bakti Al-Kausar.

Beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM10,000 serta barangan keperluan asas termasuk makanan kepada 20 orang anak-anak yatim dari rumah amal tersebut.

KUSKOP akan terus memperluas peranannya dalam memperkasa usahawan dan koperasi demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Penganjuran Majlis Iftar ini mencerminkan komitmen kementerian dalam menghayati nilai Ramadan melalui pengukuhan kebersamaan dan keprihatinan sosial.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img