Big Boss Publika tampil sajian tradisi, empat platter Ramadan

RESTORAN Big Boss di Publika tampil dengan tawaran istimewa sempena Ramadan tahun ini menerusi empat pilihan set iftar platter yang direka khusus untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan.

Terletak di ibu negara Kuala Lumpur, restoran berkonsep santai itu menawarkan variasi hidangan tempatan yang digabungkan dengan cita rasa moden, sekali gus memberi pengalaman berbuka yang lebih meriah.

Restoran Big Boss di Publika menawarkan empat set iftar platter sepanjang bulan Ramadan

Pengurus restoran, Iznan Syahmi berkata, empat set yang ditawarkan ialah Set Nusantara, Set Rantau, Set Warisan dan Set Samudera, masing-masing hadir dengan pilihan lauk tradisional serta pelengkap berbuka.

“Set Nusantara menampilkan gabungan lauk popular tempatan seperti gulai tetel, telur balado, lele goreng, ayam penyet, sambal, sayur, ikan serta hidangan sampingan termasuk kurma dan kuih-muih.

“Set Rantau pula memuatkan pilihan seperti udang masak lemak, kari daging, ayam masak merah, ikan kembung goreng, sayur serta sambal belacan bersama pelengkap berbuka,” katanya ketika ditemui utusanmelayuplus baru-baru ini.

Tambahnya, bagi yang gemarkan menu klasik Melayu, Set Warisan menawarkan hidangan seperti lala masak lemak cili api, kari daging, ayam masak kicap, ikan masin bulu ayam, kangkung belacan dan aneka sampingan.

“Set Samudera pula sesuai bagi penggemar lauk berasaskan makanan laut dengan pilihan seperti asam pedas jenahak, masak lemak daging, sambal petai udang, ayam goreng, telur masin serta sayur dan sambal sebagai pelengkap hidangan.

“Harga setiap platter bermula RM179 bagi set 2 hingga 3 orang, manakala RM259 untuk set 4 hingga 5 orang, dengan promosi tempahan awal ditawarkan pada harga RM159 dan RM229 sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Iznan berkata, restoran tersebut telah beroperasi selama lima tahun dan tawaran Ramadan iftar platter tersebut kini menjadi acara tahunan.

“Restoran ini sudah beroperasi selama lima tahun dan tawaran sempena bulan Ramadan ini sudah masuk tahun ketiga kami lakukan. Antara empat set yang kami tawarkan, Set Nusantara dan Set Rantau merupakan pilihan yang sering menjadi perhatian pelanggan,” katanya.

Selain tawaran berbuka, restoran itu turut menganjurkan program kebajikan Ramadan dengan menyediakan pakej sumbangan makanan kepada individu atau kumpulan yang ingin berinfaq.

“Kami juga membuka ruang kepada pelanggan untuk menyumbang makanan kepada mereka yang memerlukan. Ramadan adalah bulan untuk berkongsi dan kami mahu menjadi sebahagian daripada usaha tersebut,” katanya.

Iznan memaklumkan program infaq tersebut membolehkan pelanggan menempah hidangan iftar untuk disalurkan ke lokasi pilihan mengikut kuantiti diperlukan.

“Manakala tawaran platter Ramadan pula berlangsung sepanjang bulan puasa dengan pakej sesuai untuk kumpulan kecil dan keluarga besar,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img