SPRM minta AKPS, Kastam, PDRM dan JAS perkukuh koordinasi penguatkuasaan e-waste

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengkoordinasikan penguatkuasaan secara lebih efektif dalam menangani isu lambakan kontena bahan buangan sisa elektronik (e-waste) dan plastik.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan penguatkuasaan tegas dan penyelarasan bersepadu semua agensi berkaitan amat penting serta kritikal dalam mengekang lambakan sisa e-waste.

“Agensi yang terbabit dalam isu pengimportan haram e-waste perlu bertindak segera dan pantas apabila menerima maklumat berkenaan kegiatan haram itu serta mempertingkatkan kekerapan menjalankan operasi.

“Menerusi penelitian data dan statistik terkini yang diperoleh, kita akan mengesyorkan beberapa langkah komprehensif dalam aspek dasar, penguatkuasaan dan kerjasama antarabangsa bagi menangani krisis ini secara holistik,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya hari ini.

Azam selaku Pengerusi Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara berkata, semua agensi berwajib harus menetapkan pegawai bertanggungjawab di setiap agensi ketika tindakan koordinasi penguatkuasaan dilaksanakan.

“Kita syorkan agar semua pegawai yang terbabit bertugas di tempat kejadian.

“Malah AKPS dan JKDM digesa menggabungkan segala fasiliti dan peralatan sedia ada bagi memaksimumkan impak penggunaan kemudahan teknologi,” katanya.

Sementara itu, Azam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka membuat pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi penguatkuasaan bagi mengekang isu sisa e-waste dalam tempoh terdekat.

Amaran itu dikeluarkan bagi memastikan agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab bersiap siaga menghadapi pemeriksaan mengejut berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam turut menggesa beberapa agensi kerajaan yang terbabit dalam pengurusan sisa e-waste supaya mempertingkatkan kekerapan menjalankan operasi.

Sementara itu, Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal mendedahkan terdapat 818 kontena e-waste yang terdampar di Pelabuhan Klang sejak 2024 dan pendekatan baharu perlu digunakan bagi menangani isu itu.

DATUK Nik Ezanee Mohd Faisal

Beliau yang membentangkan hasil dapatan ‘Mesyuarat Koordinasi Jawatankuasa Khas Penyelarasan E-Waste’ berkata, semua dasar dan perundangan berkaitan penyelarasan serta pengurusan sisa e-waste perlu diseragamkan dan diperkukuhkan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img