SPRM buru empat anak Tun Daim bantu siasatan kes rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan berkaitan satu kes rasuah.

Mereka ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainudin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Keempat-empat individu berkenaan merupakan anak kepada bekas ahli politik dan ahli perniagaan itu, yang meninggal dunia pada 13 November 2024.

SPRM berkata, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Mohamad Daeem Mohd Ali (017-9127217).

“Md Wira Dani beralamat terakhir di di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang dan maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Ahmad Aiman Ramly (011-61930814).

“Muhammed Amir Zainuddin pula beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Muhamad Ridhwan Mat Hussain (019-9895174),” kata kenyataan tersebut.

SPRM turut mengesan Muhammed Amin Zainuddin beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Hardiansyah Ismail (013-5639147).

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan diminta segera menghubungi pegawai penyiasat yang disenaraikan atau menghantar e-mel ke alamat rasmi SPRM yang berkaitan.

“SPRM meminta kerjasama masyarakat untuk membantu melancarkan proses siasatan,” tambah kenyataan itu lagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img