Hubungan Malaysia-Singapura kukuh, pelancongan negara melonjak 11.2 peratus pada 2025 – Fahmi

HUBUNGAN dua hala antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh susulan hasil lawatan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong yang disifatkan berjaya membuka ruang perbincangan pelbagai isu strategik antara kedua-dua negara.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan kepimpinan tertinggi kedua-dua negara membincangkan beberapa perkara utama termasuk isu berkaitan bekalan air serta perkara yang sedang diuruskan melalui siri rundingan bersama.

Beliau dalam pada itu berkata, perkembangan positif turut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri menerusi laporan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Sektor pelancongan negara mencatat prestasi memberangsangkan apabila Malaysia merekodkan 42.19 juta pelawat antarabangsa sepanjang 2025.

“Angka tersebut menunjukkan peningkatan 11.2 peratus berbanding 37.96 juta pelawat pada 2024, sekali gus mengatasi kadar pertumbuhan purata global sekitar empat peratus serta pertumbuhan Asia Pasifik sebanyak enam peratus,” katanya dalam sidang media mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurut Fahmi, pencapaian ini mencerminkan kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia yang terus diyakini pelawat antarabangsa.

 

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img