SARA: 12.5 juta rakyat manfaat lebih RM1 bilion dalam 3 minggu

SEJUMLAH 12.5 juta rakyat Malaysia telah memanfaatkan lebih RM1 bilion daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam tempoh tiga minggu pelaksanaannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif SARA untuk semua itu merupakan hasil penjimatan melalui penstrukturan semula kewangan negara.

“Ketirisan ditutup, tata kelola diperkemas dan hasil yang dijimatkan dipulangkan kepada rakyat. Ini membuktikan bahawa apabila hasil negara diagih secara saksama, manfaatnya dirasai oleh isi rumah di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jualan pada hari pertama pelaksanaan SARA bagi tahun ini mencecah RM97 juta, hampir dua kali ganda berbanding RM50.7 juta yang direkodkan pada hari pertama tahun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kementerian Kewangan memastikan sistem program berjalan lancar bagi mengelakkan gangguan kepada pengalaman pembelian rakyat.

“Daripada 3,782 transaksi seminit pada hari pertama pelaksanaan tahun lepas, sistem kini mampu memproses lebih daripada 11,000 transaksi seminit tanpa sebarang kelewatan atau gangguan,” jelas beliau.

Penggunaan MyKad sebagai medium pelaksanaan program memudahkan rakyat memanfaatkan bantuan bersasar, selain memastikan penyaluran yang cekap dan terurus.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img