Pesara wanita rugi hampir RM77,000 diperdaya ‘pegawai polis’

SINDIKET penipuan telefon (phone scam) terus menjadikan pesara warga emas antara sasaran utama bagi menjalankan kegiatan mereka.

Di Kuala Terengganu, seorang pesara wanita warga emas kerugian sebanyak RM76,113 selepas diperdaya oleh sindiket tersebut.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada pertengahan Jun tahun lepas mangsa yang berusia 70 tahun itu telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Beliau berkata suspek mendakwa mangsa didapati terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan dikenakan waran tangkap.

“Suspek mengarahkan mangsa supaya membuat sejumlah pembayaran untuk mengelak ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang. Mangsa yang ketakutan telah membuat sebanyak 21 kali pembayaran ke akaun berbeza dari tempoh 12 Jun hingga 27 Sept 2025,” katanya

Azli berkata mangsa yang berasal dari daerah Kuala Terengganu menyedari ditipu setelah usaha menghubungi suspek untuk mendapatkan perkembangan kes gagal.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 11.17 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img