Penumpang wanita maut nahas dua kenderaan

SEORANG wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Kandai, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 2.33 petang.

Kata jurucakap itu, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Toyota Wish yang bertembung antara satu sama lain.

“Pemandu Perodua Bezza, seorang lelaki dewasa, tersepit dan mengalami kecederaan parah, manakala penumpang kereta berkenaan, seorang wanita dewasa, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi penumpang, remaja lelaki, cedera di kaki. Pemandu Toyota Wish cedera parah tetapi tidak tersepit,” menurut kenyataan itu.

Kata jurucakap itu lagi, kerja-kerja pembersihan dijalankan  sebelum ditamatkan pada jam 3.50 petang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img