9 ikhtiar kerajaan kurangkan beban rakyat sambut Aidilfitri…bersyukurlah

KETIKA ini umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri yang bakal disambut sama ada pada Jumaat atau Sabtu ini.

Sudah tentulah banyak yang perlu dilakukan demi memastikan 1 Syawal tahun ini disambut penuh ceria dan bermakna.

Segala perancangan dibuat dengan rapi dan segala perbelanjaan dilakukan dengan teliti. Ia bagi menentukan supaya selepas Aidilfitri mereka tidak menghadapi apa-apa masalah khususnya dari segi beban kewangan sehingga menyusahkan diri dan keluarga.

Atas sebab itulah, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sei Anwar Ibrahim sejak awal melakukan ikhtiar bagi meringankan beban rakyat bagi menyambut Aidilfitri. Walaupun ada sesetengah langkah itu melibatkan golongan tertentu tetapi ada juga program yang membolehkan semua rakyat merasainya. Apa yang menarik langkah itu dilakukan sejak Ramadan lagi.

Bagi memastikan rakyat ada wang untuk membuat persiapan Aidilfitri, BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) diawalkan pada 10 Mac kepada 5.2 juta penerima melibatkan peruntukan RM1.3 bilion.

Pada masa sama BANTUAN KHAS KEWANGAN diberikan kepada penjawat awam gred 15 ke bawah termasuk kontrak (RM500), pesara dan veteran (RM250) manakala janji yang dibuat dalam Belanjawan 2026 melibatkan lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, guru KAFA& takmir ditunaikan apabila mereka akan menerima bantuan khas RM500.

Untuk memastikan Aidilfitri tidak diraikan dalam keadaan gelisah terutama dalam kalangan mereka yang berhadapan masalah kebankrapan, kerajaan memutuskan memberikan PELEPASAN KEBANKRAPAN FAST TRACK. Ia melibatkan 4,000 individu dibebaskan daripada belenggu kebankrapan dan fokus diberikan kepada ibu tunggal dan bapa tunggal.

Melalui langkah yang dilakukan dari segi kewangan ini, ia mengurangkan beban golongan terlibat dan membolehkan mereka berbelanja ketika Ramadan dan membuat persiapan Aidilfitri.

 Dalam hal ini, kerajaan memahami harga barang-barang mampu ‘merencatkan’ perbelanjaan rakyat.

Lanjutan itu SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN dilaksanakan bermula 14 Mac hingga 28 Mac. Sebanyak 95 peratus barangan terkawal dikurangkan harganya. Pada masa sama turut diadakan ialah 1,900 PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI sepanjang Ramadan dengan bekalan mencukupi pada harga berpatutan.

Bagi memastikan bekalan tidak terjejas khususnya minyak masak yang sudah paling banyak digunakan ketika Aidilfitri, kerajaan mengambil langkah memastikan MINYAK MASAK PEKET BERSUBSIDI hanya untuk dinikmati rakyat Malaysia.

Pulau ke kampung untuk menyambut Aidilfitri adalah saat-saat dinanti-nantikan. Ramai yang bersedih apabila tidak mendapat cuti atau merasakan belum puas berhari raya bersama sanak saudara.

Sehubungan itu kerajaan memahami situasi ini apabila mengumumkan CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI pada 23 Mac, jika raya pada 20 Mac (Jumaat) atau pada 20 Mac Jumaat, jika raya pada 21 Mac (Sabtu).

Bagi memastikan belanja pulang ke kampung  tidak menjadi beban khususnya kepada mahasiswa  SUBSIDI TIKET PENERBANGAN FLYsiswa RM400 diperluaskan lebih banyak di IPT.

Selain itu DISKAUN TOL 50% diberikan bermula 12.01 tengah malan 18 Mac hingga 11.59 malam 19 Mac. Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya kecuali Plaza Tol BSI,Plaza Tol Tanjung Kupan dan LINKEDUA. Ia melibatkan kos ditanggung kerajaan RM21.03 juta.

Itulah sembilan ikthtiar yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat bermula dari Ramadan hingga mahu pulang ke kampung menyambut Aidilftiri.

Sesungguhnya apa yang dirasai oleh rakyat negara ini melalui ikhtiar-ikhtiar itu mungkin tidak pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika  ini sudah pasti banyak kerajaan atau pemerintah akan berhati-hati dalam perbelanjaan.

Bagaimanapun Kerajaan Malaysia mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam menguruskan kewangan. Ia bagi memastikan dalam keadaan apa sekalipun, sehebat manapun krisis yang mungkin berlaku, nasib dan beban rakyat akan tetap diberikan keutamaan. Semoga kita akan sentiasa menghargai dan mensyukuri segala nikmat ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img