Kanak-kanak empat tahun maut, lori dipandu bapa terbakar

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dalam kebakaran sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan dekat Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang, hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian itu, bapa kanak-kanak berkenaan yang juga pemandu lori terselamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Firdaus Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul10.46 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan yang terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori. Tindakan awal dari orang awam memadam api menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering dan satu unit jengkaut membawa tanah.

“Ketika kejadian, terdapat seorang mangsa kanak-kanak berada di dalam lori, manakala pemandu lori seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img