Remaja perempuan ditemukan meninggal dunia di rumah

SEORANG remaja perempuan ditemukan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor petang semalam.

Polis menerima panggilan berhubung penemuan remaja terbabit yang berusia 13 tahun dua bulan pada jam 6.27 petang, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, bagaimanapun pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan remaja tempatan itu sudah meninggal dunia.

“Mayat remaja itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Setakat ini, beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan tiga saksi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seksyen itu memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana individu yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak yang mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan kepada kecederaan fizikal atau emosi.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Hafiz menegaskan, kes berkenaan masih dalam siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-669 5290.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img