Wanita, anak saudara maut motosikal dinaiki bertembung kereta

SEORANG wanita dan anak saudara lelakinya berusia lapan tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Gunung Pulai di Johor Bahru, petang semalam.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa berusia 32 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki dari arah tol Kulai ke Gunung Pulai, hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu kira-kira jam 5 petang.

“Berdasarkan siasatan polis, motosikal itu dikatakan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita tempatan berumur 54 tahun.

“Berikutan kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Kulai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img