Mayat wanita ditemukan dengan kesan tikaman di Ketereh

SEORANG wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman hampir keseluruhan anggota, di atas jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh di Kota Bharu tengah malam tadi.

Mayat wanita berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman di perut, belakang badan dan muka.

ORANG awam dan polis di lokasi penemuan mayat seorang wanita dengan kesan tikaman di Kampung Kubang Kiat, Ketereh di Kota Bharu, tengah malam tadi. GAMBAR: Facebook pembaca

Orang awam mulanya menyangka wanita itu terbaring namun selepas melihat kesan darah, mangsa kemudian disedari sudah meninggal dunia sebelum orang ramai segera menghubungi pihak polis.

Mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat dan mengesan waris.

Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan mayat itu hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img