Op Hazard: 8 tan bateri, e-waste haram dirampas

PASUKAN Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyerbu dua premis penyimpanan bateri kereta dan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Penampang dan Sandakan, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan selepas premis terbabit disyaki menjalankan aktiviti tanpa lesen.

Menurutnya, dalam serbuan di Penampang, pihaknya merampas kira-kira lapan tan bateri kereta yang disimpan secara tidak sah.

“Di Sandakan pula, pelbagai barangan e-waste dirampas termasuk bateri kereta, peralatan komputer, mesin basuh serta barangan elektrik lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua premis gagal mengemukakan dokumen sah bagi aktiviti penyimpanan dan perniagaan barang lusuh serta sisa elektronik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan oleh LHDN turut mendapati terdapat premis yang tidak mempunyai dokumen percukaian lengkap.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM720,998,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img