Penunggang maut kemalangan dengan lori simen

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat Jalan Pelabuhan, Kuching, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.50 malam sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa, Mohd Ramfullah Dahan, 26, berada di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba turut menjalankan kerja pembersihan sisa minyak di lokasi kemalangan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img