Peminat puji sikap profesional Mawi kongsi foto bersama Ina Naim, suami

TINDAKAN penyanyi Akademi Fantasia musim tiga (AF3) Mawi berkongsi gambarnya bersama bekas tunang, Nor Diana Mohd Naim atau Ina Naim dan keluarga dalam akaun Instagram (IG) mendapat pujian rata-rata netizen.

Turut dipaparkan pada foto itu adalah suami Ina iaitu Mohd Khairul Rizal Shukor dan anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaimi atau Hadie.

Mawi atau nama sebenar, Asmawi Ani turut menitipkan ucapan selamat pengantin baharu kepada pasangan itu yang bernikah pada November 2024.

“Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina. Semoga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran itu tidak menyatakan di mana pertemuan berlangsung.

Ada netizen membuat agakan itu adalah pertemuan pertama Mawi bersama Ina yang pernah menjadi tunangnya, ketika mula bertapak sebagai penyanyi.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut memuji sikap professional juara program realiti AF3 itu terhadap bekas tunangnya.

“Bagusnya Mawi tidak bermusuhan,” komen seorang peminat.

Beberapa peminat pula mencadangkan agar Mawi berduet dengan Hadie.

“Okay, sila collaborate Mawi dan Hadie,” ujar seorang pemilik akaun IG.

Mawi dan Ina pernah bertunang namun ikatan pertunangan mereka terlerai pada 2006.

Ina memilih penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad sebagai pasangan hidup pada 2007. Mawi pula berkahwin dengan Ekin Rahmat pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img