Pasukan khas banteras penyelewengan diesel, petrol bersubsidi

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras penyelewengan diesel serta petrol bersubsidi selaras Ops Tiris 4.0.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, antara peranan pasukan khas itu adalah menjalankan pemantauan yang lebih intensif di samping penugasan harian.

“Dengan penubuhan task force ini, KPDN Kuala Lumpur akan menjalankan rondaan dan juga risikan dalam keadaan berpakaian preman, bukan beruniform dan kenderaan pun kita tak gunakan kenderaan jabatan.

“Ini lebih kepada tujuan mengenal pasti sindiket-sindiket dan juga mengesan modus operandi pihak sindiket agar kita dapat membanteras aktiviti haram ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohd Shahran berkata, pasukan itu diatur gerak secara khusus di ibu negara bersama Ops Tiris Bersepadu 4.0 yang dijalankan di seluruh Malaysia.

Justeru, beliau memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba menyeleweng diesel dan petrol bersubsidi akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Beliau pada masa yang sama meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi kepada KPDN bagi membantu membanteras kegiatan haram berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img