JPN kumpul maklumat 34 pelajar ditahan rentas sempadan di Sungai Golok

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai 34 pelajar dari beberapa sekolah di Rantau Panjang yang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas melakukan aktiviti rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok hari ini.

Wakil JPN ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

“Kita sedang kumpul maklumat semua 34 murid dan pelajar daripada sekolah mana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seramai 34 pelajar ditahan oleh anggota PGA selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke Rantau Panjang melalui pangkalan haram untuk ke sekolah hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain dilaporkan berkata, kesemua mereka yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka terdiri daripada 12 perempuan dan 22 lelaki dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram di Rantau Panjang.

“Mereka merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di selatan Thailand namun bersekolah di Rantau Panjang,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img