Polis akan ekstradisi individu terbabit mafia korporat bantu siasatan – Saifuddin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan semua instrumen perundangan termasuk mengekstradisi mana-mana individu bagi membantu siasatan dakwaan kegiatan manipulasi korporat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dijalankan di bawah jenayah serta pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan proses itu masih berjalan.

“Kalau berada di luar negara, kalau ada keperluan untuk mereka itu kita ambil kenyataan bagi membantu melengkapkan satu siasatan, semua proses untuk membolehkan kita membawa pulang mereka, kita akan gunakan.

“Perkembangan (siasatan) itu sedang berjalan dengan baik. Saya diberikan taklimat dari semasa ke semasa oleh pihak polis yang menjalankan siasatan. Saya tidak ada sebab untuk mencurigai soal kompetensi di pihak polis,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan dan pemantauan operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu, Gerik hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, ahli perniagaan Victor Chin yang didakwa terbabit dalam manipulasi korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini berada di luar negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img