Kembalikan keistimewaan Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai – Sultan Salahuddin

SULTAN Kedah Sultan Salahuddin Sultan Badlhishah bertitah menyeru agar Kerajaan Persekutuan dapat mengembalikan status Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan  yang dinikmati seperti sebelum ini.

Titah baginda, walaupun kekal sebagai pulau bebas cukai namun beberapa keistimewaan sebelum ini dinikmati dikurangkan termasuklah pelaksanaan kadar cukai kepadada kenderaan yang dihadikan, cukai-cukai berasaskan tembakan dan lain-lain.

Ketika bertitah pada Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Alor Setar hari ini Tuanku Salahuddin turut bertitah berharap agar pihak berwajib dapat meneliti serta menambahbaik kepada sistem pengangkutan feri ke Pulau Langkawi.

‘’ Antara inisiatif yang boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam hal ini adalah semakan dan kajian semula berhubung kadar subsidi diesel yang diberikan kepada pengusaha feri di Pulau Langkawi.

‘’Kesan daripada isu berbangkit di atas telah membawa kepada kemerosotan kemasukan pelancong yang akan menjejaskan pendapatan pengusaha dan peniaga di Pulau Langkawi, serta menjejaskan perhubungan penduduk di Pulau Langkawi. Usaha ini amat penting bagi memastikan potensi sebenar Langkawi dapat direalisasikan sepenuhnya sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,’’ titah baginda.

Titah Sultan Salahuddin,  baginda  berpandangan bahawa pembangunan di Pulau Langkawi yang berkembang pesat sebagai destinasi pelancongan utama negara wajar disokong dengan penyediaan infrastruktur yang mencukupi dan berdaya tahan. 

‘’Walaupun pelbagai inisiatif pembangunan telah dilaksanakan, kekangan dari segi infrastruktur sokongan, aksesibiliti ke pulau serta kemudahan jeti yang efisien masih menjadi cabaran yang memberi kesan kepada kelancaran serta kepesatan pembangunan di pulau tersebut,’’ titah baginda.

Mengenai Kedah sebagai jelapang padi negara, baginda menyokong amat menyokong pelaksanaan inisiatif penanaman padi 5 kali dalam tempoh 2 tahun di kawasan jelapang padi. Beta merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyalurkan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur bagi tujuan tersebut.

‘’Bagaimanapun, pengorbanan negeri beta dalam mengekalkan 119,000  hektar kawasan padi dan 160,000  hektar kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda ini wajar disusuli dengan insentif kewangan oleh Kerajaan Persekutuan, sepertimana yang telah dipohon oleh Kerajaan Negeri Kedah,’’ titah baginda.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img