‘’Merekalah benar-benar tak tamadun’ – Tun Mahathir bidas ancaman Trump

TUN Dr.Mahathir Mohamad hari ini membidas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengancam mahu memusnahkan tamadun 3000 tahun Iran.

Kata bekas Perdana Menteri itu  buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, dunia menyaksikan satu ancaman untuk memusnahkan sepenuhnya sebuah tamadun yang telah berusia 3000 tahun.

‘’Ancaman tersebut datang daripada sebuah tamadun moden yang usianya hampir tidak mencecah 300 tahun. Hakikat ini, jika dilihat secara mendalam, memperlihatkan kualiti sebenar pihak yang mengeluarkan ancaman berkenaan,’’ katanya melalui Facebook beliau.

Baru-baru ini Trump yang mengadakan pakatan jahat dengan penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu  mengancam akan memusnahkan tamadun 3000 tahun Iran dalam satu malam jika negara Republik Iran itu enggan tunduk kepada arahan supaya membuka Selat Hormuz.

Bagaimanapun Iran sama sekali tidak mempedulikan ancaman Trump malah dalam rundingan Islamabad Sabtu lalu di Islamabad, Iran tetap tidak menyerah terhadap kebiadaban AS dan sekutunya Israel.

Dr Mahathir seterusnya berkata, kelompok yang membuat ancaman memusnahkan tamadun Iran itu sebenarnya adalah golongan yang benar-benar tidak bertamadun. 

‘’Dalam sejarah peradaban manusia, sentiasa wujud budaya yang menghormati tamadun lama. Segala yang berusia wajar dipelihara. Pemusnahan tinggalan sejarah mencerminkan tahap rendah sesuatu tamadun. Cadangan untuk memusnahkan sepenuhnya sebuah tamadun berusia 3,000 tahun jelas menunjukkan betapa rendahnya nilai tamadun pihak yang membuat cadangan tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata, jelas bahawa ancaman oleh Donald Trump untuk memusnahkan sepenuhnya sebuah tamadun yang sangat tua mendedahkan tahap ketamadunan pihak yang membuat ancaman itu.

‘’Mereka, pada hakikatnya, adalah golongan yang benar-benar tidak bertamadun,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img