PM umum peruntukan RM3 juta untuk pembangunan sepak takraw negara

KERAJAAN hari ini mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi memperkukuh pembangunan dan penganjuran sukan sepak takraw negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala RM1 juta lagi diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari pada Majlis Perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, peruntukan khas sebanyak RM2 juta yang diumumkan beliau akan disalurkan bagi menjaga kebajikan pemain, selain menyokong pergerakan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan operasi Akademi Sepak Takraw Malaysia.

“Saya setuju untuk pastikan anak-anak (pemain) dijaga. Peruntukan yang saya umumkan itu sebahagiannya adalah untuk kualiti latihan, makan minum, keselesaan dan pakaian mereka.

“Keduanya, untuk menunjang perjalanan persatuan dan ketiganya, untuk akademi. Untuk itu, saya luluskan RM2 juta sempena pelancaran Akademi Sepak Takraw Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan akademi berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img