PM arah bantuan segera warga SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) serta agensi berkaitan untuk menyegerakan bantuan susulan kebakaran Sekolah Menengah Ugama SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok, Kelantan pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook, Anwar berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas.

BLOK akademik, bilik penyelia serta asrama pelajar lelaki SMU (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. GAMBAR: Facebook pembaca

“Kerajaan MADANI akan menyegerakan bantuan yang diperlukan serta bekerjasama dengan semua pihak bagi mempercepatkan kerja pemulihan dan memastikan sekolah ini kembali berfungsi seperti sediakala.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini yakni soal keselamatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, tiga blok bangunan membabitkan blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki di sekolah itu musnah dalam kebakaran di Kampung Kolam, Pak Badol di Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img