Ibu cemas, anak terkunci dalam kereta

DETIK cemas dilalui seorang ibu apabila anak lelakinya berusia setahun lima bulan terkunci di dalam sebuah kereta di Pasti Ar-Raudah, Bandar Puncak Alam, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 tengah hari.

“Jentera tiba pada jam 1.28 tengah hari selepas menempuh jarak kira-kira 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki terkunci di dalam sebuah kenderaan, menyebabkan ibunya panik.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera bomba dan keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img