Alexander Nanta Linggi minta orang ramai tidak terpedaya akaun IG palsu

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai berwaspada dengan akaun Instagram palsu yang menggunakan identitinya.

Beliau turut memuatnaik tangkap layar akaun media sosial palsu itu, dan menafikan mempunyai kaitan dengan akaun tersebut.

“Saya amat kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan serta berpotensi memperdaya orang awam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai merujuk akaun rasmi beliau di Instagram dan tidak mempercayai maklumat daripada akaun yang tidak sah.

“Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan mana-mana akaun yang mencurigakan serta membantu menyebarkan amaran ini demi kebaikan bersama,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img