SEORANG kakitangan kerajaan, Fazliana Kamaruss tidak menyangka dapat membawa pulang sebuah Proton e.MAS 7 apabila memenangi hadiah utama Kempen CBP75 Cabutan Ketiga yang diadakan baru-baru ini.
Kempen CBP75 merupakan kempen anjuran Co-op Bank Pertama (CBP) diadakan sepanjang tahun 2025 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.2 juta.
Hadiah kenderaan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Noor Afifah Abdul Razak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CBP yang diadakan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, bagi tahun 2026, CBP akan menjalankan kempen-kempen taktikal untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan CBP yang baharu dan dalam masa yang sama mengekalkan pelanggan sedia ada.
“Kempen-kempen ini akan diadakan sepanjang tahun yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti kereta eletrik, motosikal, pakej percutian, barangan eletrik, wafer emas dan pelbagai hadiah menarik lain.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat-maklumat kempen ini menerusi semua media sosial rasmi CBP dan juga laman web CBP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang lain yang membawa pulang hadiah berupa pakej umrah, motorsikal Y15ZR dan juga baucar.


