PPM rampas 7,000 karton rokok seludup, bot nelayan lebih RM2 juta

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar menahan tiga lelaki tempatan serta merampas 7,000 karton rokok keretek tidak berkastam dalam Ops Taring Gelora di perairan Kuala Sungai Muar awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, sebuah bot nelayan bersama enjin jenama Fuso 120 turut dirampas, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.28 juta.

Menurut beliau, bot ronda RH30 yang menjalankan rondaan operasi mengesan sebuah bot nelayan dinaiki tiga individu berusia antara 23 hingga 62 tahun itu pada jam 1 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan membawa kepada penemuan beberapa kotak berwarna coklat yang mengandungi rokok disyaki tidak berkastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azman berkata, pihaknya turut merampas satu unit telefon bimbit jenis iPhone 16 Pro Max.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img