Penjawat awam ditahan kes amang seksual ke atas pelajar

POLIS menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sekitar bandar raya Johor Bahru, awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 25 Januari lalu di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman mangsa di Johor Bahru.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Raub berkata, suspek ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Kata beliau, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img