Lelaki ugut sembelih ibu, miliki kabel curi dipenjara 4 bulan

SEORANG lelaki berstatus duda dijatuhi hukuman penjara empat dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Yong Peng hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut untuk menyembelih ibu kandungnya sendiri dan memiliki kabel curi.

Johari Ramlan, 36, yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh membuat pengakuan itu sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap ibu kandungnya berusia 74 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kelichap, Senggarang, Batu Pahat  pada jam 9 pagi, 2 April lalu dan bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dawai tembaga yang diperoleh secara curi di sebuah rumah terbiar di Jalan Sungai Suluh Besar, Senggarang pada jam 3.20 petang, 17 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM1,000.

Menurut fakta kes, semasa berada di rumah, tertuduh mengugut dan memarahi ibunya kerana tidak berpuas hati wanita terbabit tidak membenarkannya menggunakan telefon bimbit.

Malah, kejadian terbabit turut disaksikan kakak ipar sebelum ibunya membuat laporan polis atas faktor keselamatan diri dan keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Bagi kedua-dua pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat dan tiga bulan dengan kesemuanya berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 16 April lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img