Kerajaan bakal umum langkah tambahan bantu golongan tersisih peluang pekerjaan – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat, bagi membantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global.

Perdana Menteri berkata, ini termasuk golongan siswazah dan lulusan diploma yang masih buntu mencari pekerjaan bagi memastikan kemahiran mereka tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Saya akan umumkan langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada peluang pekerjaan termasuk siswazah menganggur ataupun yang lulusan diploma itu.

“Kita akan umumkan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Yang turut hadir, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi membantu rakyat mendepani kesan krisis bekalan global.

Ia termasuk pengekalan harga petrol di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta pengekalan subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan peningkatan kadar bantuan bulanan BUDI Diesel dan Agri-Komoditi untuk pemilik kenderaan diesel individu, petani serta pekebun kecil; peningkatan bantuan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP); dan penyediaan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Berdasarkan statistik semasa, kadar pengangguran di Malaysia kekal pada paras 2.9 peratus pada Februari 2026 dengan bilangan penganggur berjumlah 506,800 orang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img