Mesyuarat MTEN putuskan empat langkah segera bantu rakyat tangani krisis bekalan global – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan empat langkah segera yang dicapai hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan hari ini bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup ketika krisis bekalan global dihadapi sekarang.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook rasmi beliau berkata, kesemua langkah itu memberi tumpuan terhadap tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat ekoran krisis bekalan global yang kian meruncing.

Menurut beliau, empat ikhtiar segera digerakkan Kerajaan MADANI iaitu:

  1. Membela golongan pesawah di mana pendahuluan RM200 melalui Bantuan Khas Insentif Pembajakan bagi meringankan aliran tunai dan keperluan modal pesawah.

2. Pembenihan awan iaitu agensi kerajaan termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyegerakan operasi di kawasan kritikal.

3. Pengurangan kadar sewa premis kerajaan melibatkan premis perniagaan milik agensi Persekutuan, serta seruan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mencontohi langkah ini seperti yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

4. Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) akan diperluas setiap minggu ke lebih banyak kawasan dengan penglibatan peniaga kecil.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkemas pendekatan yang lebih bersasar dan berkesan, supaya setiap bantuan benar-benar sampai dan dirasai di lapangan.

“insya-Allah, kita tempuh cabaran ini dengan tanggungjawab, keprihatinan dan tekad yang tidak berbelah bahagi,” kata Perdana Menteri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img