Penyelia kilang didakwa rasuah anggota polis RM18,500

SEORANG penyelia kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM18,500 kepada seorang anggota polis, Januari tahun lalu.

Tertuduh, M Dhivan, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Lelaki itu didakwa memberi suapan kepada Sarjan Koshaziza Idris yang bertugas di Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Ia sebagai dorongan untuk anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh dan rakan-rakannya yang memiliki rekod lampau jenayah dan kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan didakwa dilakukan tertuduh di Kilometer 1.89 Jalan Buloh Kasap-Segamat, Segamat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, manakala 5 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img