Penternakan babi : Pemuda Pas Selangor kecam kenyataan ADUN DAP

PEMUDA  Pas Selangor menzahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang secara terbuka membawa naratif membelakangi titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah yang telah menetapkan agar tiada lagi aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini.

Naib Ketua Pemuda Pas Selangor Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, tuntutan ADUN Seri Kembangan agar kerajaan negeri meneroka semula sistem penternakan babi moden adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

‘’ ⁠Pemuda Pas Selangor ingin mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari bahawa jangan sesekali tunduk kepada naratif atau provokasi yang dibuat oleh DAP dan menggadaikan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor, Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor, ‘’katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pemuda Pas Selangor juga menuntut Menteri Besar Selangor untuk segera menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri  terhadap isu tersebut.

Terdahulu, Siew Ki ketika membahaskan titah Sultan Selangor menyembah maklum bahawa isu penternakan babi menyentuh hak kesamarataan di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Siew Ki berhujah bahawa penternakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan haiwan lain kerana risiko pencemaran, aspek kebersihan, dan kesihatan adalah serupa merentasi semua jenis penternakan.

Beliau  turut melahirkan rasa dukacita kerana isu tersebut didakwanya telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas ahli politik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img