Agong hulur sumbangan peribadi bantu mangsa kebakaran Sandakan

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Seri Paduka Baginda, bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga-keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Justeru, Seri Paduka Baginda menitahkan YSIJ bagi menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan berkenaan dapat disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat.

“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img