Siti Mastura gagal dalam rayuan kes fitnah terhadap tiga pemimpin DAP

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkannya membayar ganti rugi termasuk kos berjumlah RM825,000 kerana memfitnah tiga pemimpin DAP yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang bersidang bersama-sama Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menolak rayuan Siti Mastura selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim Ahmad Kamal berkata, Mahkamah Rayuan mengesahkan keseluruhan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 4 Disember 2024 termasuk pemberian ganti rugi keseluruhan dan kos berjumlah RM825,000.

Bagaimanapun, pada 23 Januari 2025, Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 bagi ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

Hakim Ahmad Kamal yang menyampaikan keputusan hari ini melalui Zoom berkata, mahkamah juga mendapati rayuan balas plaintif (pemimpin DAP) tidak mempunyai merit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img