Penganggur didakwa tipu gelaran ‘Datuk’ RM64,500

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan menipu kononnya boleh mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ dengan bayaran RM64,500.

Tertuduh, Tengku Ahmad Ariff Mulia Tengku Daeng Bahaismail, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdayakan mangsa untuk membuat bayaran RM64,500 bagi mendapatkan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 Mac hingga 6 Disember 2025 di sebuah rumah di Taman Nuri Indah, Seremban.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Chrysandy Lai memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan perlu menjaga ibu selain mendakwa kes itu berpunca daripada salah faham serta akan diselesaikan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img